Wednesday, March 15, 2017

ShortVacay kat Thistle Port Dickson

Assalamualaikum  :)

Nak share pic last year lepak kat Thistle. Tak de pun planning nak pergi PD. Tapi ada orang nak belanja tido 1 malam, ktrang rembat je la. 2nd night kitarang bayar tu pon dapat harga best :)

Terima kasih pada yang belanja. Allah jua la yang membalas hehe

so.. best ke lepak 3H 2M kat hotel ala-ala 5 bintang pastu tak buat apa-apa just keluar makan je?

jawapannya -- best! sila la buat. Aku suka hahaha

Tapi yang sedihnya as tak dapat join sebab ada event. Ktrang dah booking date sebab nak pergi time weekend. So proceed la jugakkk


Gerak pon dah petang. Sampai PD terus pergi dinner kat Medan Ikan Bakar Port Dickson. Ktrang pilih kedai dalam sikit -- D'Terapung Port Dickson.


Sebelum masuk ke area D'Terapung tu, akan ada kedai-kedai seafood kat luar tu tau. So yang luar tu tidak pulak kami try. terus menonong masuk dalam.

Ktrang ambik Ikan Siakap bakar + Ketam masak cili (1 ekor) + Sotong goreng tepung dua ekor + 3 nasi + 3 air


Rasa dia? sangat sangat sangat FRESH dan SEDAP. Selera sangat ktrang makan haha...memang rekemen la makan sini. Cuma bila bab bayar, 3 jenis lauk ni RM150. yang mana ktrang rasa mahal la. telan air liur gak haha...tapi nak kata apa dah makan kan...

Bila baca review, ramai tak suggest makan sini. aku pon lupa mana blog yang rekemen ntah. tak pe.. sedap tapi mahal. pilihan di tangan anda hehe

Terus ke Thistle dan check in. Masuk bilik puas hati besar dia. Siap ada sofa lepak tepi tingkap :)


 view dari balkoni


 Lepas letak barang ktrang g lepak bilik kawan yang seponsor 1 malam. bilik dia bapakk best... ada dapur, ruang tamu...dalm bilik ada bath tub dalam bilik tu. perghhh....

balik bilik terus tido... syokkkk tidoooo hoteelllll hehhe

day 2...

pagi2 lepak sembang kat cafe.. kaw-kaw makan banyak sebab memang plan tak nak keluar. pastu tapau sekali roti n kuih kot la lapar kan kekeke

aku memang akan makan semua makanan kalau breakfast. dan biasa kami akan stay sampai habis masa hahahaha




tq bos sponsor kami :)

Settle bekpes, lepak-lepak kat pool... kat thistle ni ada 2 pool tau. 1 yang biasa tu - dewasa dan kanak-kanak, satu lagi infiniti pool...wallaaaaaa....ngadap laut tau :)







Lepak-lepak diorang mandi je, pastu lepak kat bilik. Petang memang layan mata.. Syokkkkk haihhh.....



bangun tido, aku siapkan minum petang.
tu semua makanan tapau dan bawa dari KL

Dan petang tu ktrang lepak mandi pool....opkoss terjah infiniti pool hehe







senja nan merah....

Lepas settle semua, malam nya ktrang lepak nyanyi karaoke 2 jam... kat sini ada bilik karaoke. kene booking. so kami ambik pukul 8-10pm




Lepak sat tepi laut... ermm tenanggg....


Pastu dalam kul 10 lebih ktrang kuar cari dinner. kali ni layan Mimi Seafood Village. dia ada 2 branch tau. kalau dari Teluk Kemang, ktrang g yang sebelah kiri tu. kene masuk dalam.

Makanan dia semua pun sedap... ikan jenahak masak half - 3 rasa dan asam limau, sotong goreng tepung, pepahat blackpeper, sup tulang, sayur kailan + nasi 3 + air buah 3 = RM 98

Mohon cuba sebab rekemen SEDAP dan MURAH :)
 

puas kan makan kalau rege nya gini?

dan balik bilik, miza facial kan muka kami. best sangat. thanks miza buat aku tertido sampai subuh hahahahaha

day 3

pepagi ktrang turun breakfast. makanan sini best. sedap dan kene selera :)


 muka tak mandi hahahah

naik bilik lepak-lepak dan ready nak check out...


 singgah main jap



pastu terus gerak balik ke KL. tak singgah mana-mana pun sebab esok dah nak keje :)

Apapun syukur dapat lepak santai macam ni. Kos pon tak berapa kaw sangat sebab orang belanja haha

Tamat shortvacay ke Port Dickson (^_^)

 thanks kesayangan muahciked hahaha


2 comments: